Penjanaan Kod QR

Kod QR atau nama penuhnya Quick Response Code ialah sejenis kod dua dimensi yang boleh menyimpan maklumat seperti teks, pautan laman web, nombor telefon atau data lain. Kod ini boleh discan dengan menggunakan kamera telefon atau pengimbas khas.

Kini, kod QR digunakan secara meluas dalam pembayaran digital, pemasaran, pendidikan dan perkongsian maklumat kerana ia mudah, cepat dan efisien.

Kod QR direka untuk dibaca dengan pantas dan menyimpan lebih banyak maklumat berbanding Barcode yang biasa kita tengok.

Ada banyak perkhidmatan percuma yang membolehkan kita menjana kod QR untuk kegunaan kita, tapi perlu behati-hati sebabnya :

  • Sesetengah penjana QR percuma boleh mengumpul data pengguna atau menjejak imbasan tanpa pengetahuan anda, sekali gus menimbulkan isu privasi.
  • Ada perkhidmatan percuma yang menghadkan tempoh sah kod QR. Selepas tempoh tertentu, kod tersebut tidak lagi berfungsi kecuali pengguna membuat bayaran.
  • Kadang-kadang Kod QR yang dijana mungkin memaparkan Iklan dulu sebelum memaparkan maklumat yang pengguna kehendaki, TANPA PENGETAHUAN ANDA

Di sini kami cuba sediakan QR Generator Versi 1.0 yang selamat untuk kegunaan bersama secara percuma

Kami buat ini sebagai hobi, dan apa yang kami dapat mungkin cuma like dan kalau bernasib baik, mungkin korang boleh follow kami di TikTok.

 

  • QR yang terhasil akan menggantikan gambar ini.
  • Penting: Sila scan QR tersebut untuk pastikan ia berfungsi sebelum guna.

Menjana Kod QR

Masukkan link penuh termasuk https://
Suka artikel ini?